KUALA LUMPUR, Khamis – Malaysia perlu bersedia dengan sebarang ancaman dari pihak luar termasuk cubaan merampas aset negara yang bakal menjejaskan ekonomi dan imej watan.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri berhubung dua aset Petronas iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang didakwa dirampas oleh waris Kesultanan Sulu.
Beliau berkata meskipun Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.
Kerajaan perlu bersedia dengan pelbagai tuntutan dan ancaman yang akan menggugat kedaulatan negara.
“Dalam hal ini kita perlu bersedia dengan hujah-hujah kenapa keputusan tribunal itu tidak boleh diterima kerana ia dilakukan oleh 1 pihak sahaja dan perkara itu dah berlaku lebih 6, 7, 8 bulan dan penstitaan eset petronas itu tidak boleh dikatakan satu Langkah yang mengejut kalua ianya langkah mengejut dilihat oleh kerajaan Malaysia saya lihat sangat kecewa sebagai rakyat Malaysia kerana ia telah berlaku lama jadi seharusnya dilakukan penghujahan dan perundangan antarabangsa bagi pihak kita untuk mempertahankan asset kita di luar negara kerana asset kita bukan sahaja Petronas tetapi banyak lagi asset kita di luar negara.”
AZMI HASSAN / Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)
Pada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr Stampa adalah terbatal.
Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.
Menurut Azmi Hassan, bantahan yang dibuat negara seolah-olah tidak dipersetujui waris kesultanan Sulu dan sanggup bertindak menjangkaui keputusan Mahkamah antarabangsa.
Malah, tindakan waris berkenaan menimbulkan keraguan dan tanda tanya siapakah yang membiayai dan membantu mereka memenuhi tuntutan mereka.
“Setahu saya kita telah pun menghantar bantahan terhadap keputusan tribunal itu jadi saya tak faham kenapa bagi waris Sultan sulu itu menggunakan tindakan sebelum bantahan itu didengar dan satu perkara menarik ialah dari segi kewangan yang membiayai waris Sultan Sulu itu menarik kerana dikatakan untuk mendapatkan peguam-peguam dalam hal ini memerlukan pembelanjaan yang besar yang kita tahu waris sultan usulu tidak mempunyai sumber kewangannya. Jadi menarik untuk kerajaan Malaysia menyelidik siapakah yang membiayai proses ini kerana pembelanjaanya besar. ”
Akhbar Financial Times sebelum ini melaporkan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut RM62.59 bilion daripada Malaysia.
Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih RM8.8 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.
Berikutan itu, Final Award yang diputuskan tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga Mahkamah Paris membuat keputusan muktamad berkenaan permohonan pembatalan Final Award dibuat kerajaan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/14/iklan-jual-minyak-masak-secara-online-diturunkan/