PUTRAJAYA, Selasa – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa telah digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Memetik sumber, nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu,”
DATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak
Lapor, Free Malaysia Today (FMT) yang memetik sumber kerajaan berkata, nama ahli politik UMNO itu tidak tersenarai dalam penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara dari Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Menurutnya lagi, kerajaan sudah “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.
FMT dalam laporannya mendakwa bahawa Tajuddin ketika dihubungi enggan mengulas dan meminta merujuk isu itu kepada Wisma Putra.
Sebelum ini, media melaporkan Tajuddin digugurkan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.
Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.
Bagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan FMT, dan pelantikan Ahli Parlimen itu cuma “ditangguh”.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/