KOTA BAHRU, Selasa – Sampai bila rakyat harus membiarkan pemimpin rakus dengan harta dan pangkat memerintah negara, sedangkan bangsa Melayu tidak pernah ketandusan pemimpin yang bermaruah.
Demikian yang dinyatakan Ketua Perhubungan ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.
Tegasnya, sudah tiba masanya negara ini dipimpin oleh mereka yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri serta rela berkorban nyawa dan harta demi kepentingan umat dan Malaysia.
“Tiada harta dan pangkat yang mereka tinggalkan setelah dipanggil ilahi, tetapi keharuman jasa dan bakti terhadap agama dan negara tetap dikenang oleh ratusan generasi hingga abadi.”
USTAZ SHARIPUDIN ABDUL KADIR / Ketua Perhubungan ISMA Kelantan
Memetik Ismaweb beliau berkata perjuangan Mat Kilau dan rakan seangkatannya perlu dicontohi oleh seluruh anak bangsa terutamanya tokoh-tokoh kepimpinan negara.
Katanya, ungkapan Melayu Sepakat Islam Berdaulat adalah ungkapan keramat untuk bangsa Melayu demi agama, bangsa dan negara.
Menurut Ustaz Sharipudin, masih ramai individu yang berakhlak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin bangsa dan negara.
Sehubungan itu katanya, sampai bila kita harus membiarkan mereka rakus harta dan pangkat untuk memimpin negara?
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/