PUTRAJAYA, Rabu – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan kegiatan penyeludupan minyak masak subsidi boleh berdepan tindakan digantung daripada beroperasi dan lesen subsidi mereka akan ditarik balik.
Pengilang yang menjalankan kegiatan penyeludupan minyak masak subsidi boleh berdepan tindakan digantung daripada beroperasi dan lesen subsidi mereka akan ditarik balik.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, itu antara tindakan boleh diambil kementeriannya seperti diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Jika kita dapat bukti dan putuskan mereka benar-benar bersalah, ada undang-undang dan peraturan tertentu yang boleh kita kenakan terhadap individu yang menjalankan kegiatan berkenaan. Kita perlu lihat sejauh mana masalah itu, kita boleh gantung operasi dan tarik balik lesen mereka, namun ia tertakluk kepada tahap mana kesalahan berkenaan.”
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Tambah beliau, isu ketirisan minyak masak subsidi itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini dan memutuskan untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras jenayah terbabit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas mengadakan Pemeriksaan dan Pemantauan Harga Barang di AEON Big, Alamanda Putrajaya, hari ini.
Turut hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Mengulas pembabitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam isu harga barang, Alexander berkata, sukarelawan belia yang mendaftar di bawah kementerian berkenaan akan menjadi mata dan telinga KPDNHEP bagi melapor jika penjual menaikkan harga barang.
Ahmad Faizal pula berkata, lebih 3,000 sukarelawan diturunkan bagi memantau harga barangan di negara ini dan jika terdapat kenaikan harga barang mereka akan melaporkannya kepada KPDNHEP.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/