KUALA LUMPUR, Selasa – Tindakan proaktif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuahkan hasil selepas memberi tempoh seminggu kepada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) membentangkan kertas kerja mekanisme pengiraan baharu berdasarkan prestasi filem tempatan yang ditayangkan di pawagam.
Ikon Buy Muslim First (BMF), Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari berkata jika mekanisma baru ini berjaya memberi keuntungan lebih pada produser, ini bakal memberikan berita gembira pada semua pembikin filem dan sekali lagi mencipta kejayaan pada industri perfileman tempatan.
“FINAS yang ada sekarang bukanlah yang dulu-dulu. Maaf cakap, dulu, FINAS pun saya tak kenal malah nampak macam ‘badan politik’ tetapi kini, FINAS sedang memainkan peranannya yang sebenar. Kita kena sama-sama menghargai pihak-pihak yang juga turut menyokong dan memberikan sokongan penuh kepada pembikinan filem ini iaitu FINAS.”
CIKGU IZZAT JOHARI / Ikon BMF Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat
Beliau berkata, apa yang jelas, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak hanya mencipta sejarah baru pada kejayaan filem Melayu tetapi ia membuka mata ramai pihak bercerita aspek plot, fakta sejarah, pahlawan Melayu hingga soal siapa yang kaut untung lebih daripada kutipan jualan tiket di pawagam.
Tindakan FINAS wajar disokong yang mencari ruang dan peluang kepada pemain industri serta memastikan rakyat Malaysia mendapat hiburan hasil karya filem terbaik daripada pengarah dan penerbit filem yang berkualiti.
Sebelum ini, FINAS) dalam satu kenyataan media menjelaskan filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu turut mendapat geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran iaitu RM300,000. Malah, FINAS juga membantu dari aspek pascaproduksi apabila proses suntingan dijalankan di Studio Mixstage, FINAS.
Sebelum ini, FINAS mengadakan mesyuarat dengan pihak pawagam dan produser untuk berbincang lebih lanjut mengenai agihan keuntungan daripada jualan tiket antara pihak terbabit dan mencari garis panduan yang lebih jelas dan adil.
Dalam mesyuarat itu, MAFE dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bersetuju untuk mengkaji semula pembahagian kutipan tiket yang ketika ini lebih memihak kepada pawagam.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/