BANGI, Isnin – Cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin tatkala rakyat berdepan krisis kos sara hidup dan peningkatan kes COVID-19 hanya akan merugikan negara.
Ini kerana, kerajaan terpaksa membayar gaji Timbalan Perdana Menteri serta menyediakan banyak lagi kelayakan dan kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh individu yang memegang jawatan itu.
“Tidak usahlah bangkitkan soal jawatan TPM ketika rakyat sedang susah. Ada pun jawatan TPM, ringgit bukan boleh naik pun. Lagipun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah tidak lama lagi,”
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH / Pemerhati Politik
Menurut Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, negara dapat terus berfungsi seperti biasa meskipun tiada jawatan berkenaan ketika ini.
Beliau menggesa ahli politik memberi fokus kepada masalah untuk meringankan beban rakyat, bukan soal jawatan.
Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengesahkan, wujudnya perjanjian antara Pengerusi PN itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Marzuki mendakwa, perjanjian itu disaksikan dua individu penting daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/