BANGI, Jumaat – Pertembungan membawa manusia ke arah menyembah Allah iaitu perjuangan Al-Haq, dengan membawa manusia mentaati taghut ataupun perjuangan Bathil menjadi kebimbangan ketika ini apabila umat Islam serik kali kalah dalam perjuangan al-Haq.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kejatuhan umat Islam berpunca daripada kegagalan ‘mengukur’ saiz musuh dan kesilapan cara mendepani mereka.
Sehubungan itu katanya, badan-badan Islam yang lain termasuk ISMA perlu melakukan koreksi yang bersungguh-sungguh untuk menyusun gerak kerja mendepani musuh.
Beliau berkata setakat ini kesatuan idea sudah berjaya buat dengan badan-badan lain tetapi cabaran masa akan datang adalah bagaimana untuk mengembling tenaga nak bangunkan projek yang boleh menyelesaikan masalah umat.
“Antara yang menjadi tumpuan kita sekarang ni adalah isu kesatuan umat Islam, di antara perkara yang sentiasa menjadi keutamaan kita adalah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Badan Pertumbuhan Islam yang lain, jadi kita ada kerjasama dengan badan-badan Islam yang lain dalam gabungan, PEMBELA dan lain-lain, jadi apa yang kita perlu pergi pada fasa akan datang ini bukan setakat kesepakatan dari segi idea, tetapi lebih daripada itu adalah jadi apa yang perlu kita pergi pada fasa akan datang ni, bukan setakat kesepakatan dari segi idea tetapi lebih daripada itu adalah membangunkan projek bersama-sama, jadi ini akan menjadi keutamaan pada masa akan dating.”
USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI / Presiden ISMA
Dalam pada itu, Ustaz Fauzi tidak menafikan usaha besar yang ingin dilakukan mempunyai keterbatasan tertentu dan mencabar.
Justeru itu, sinergi antara badan-badan Islam di seluruh malaysia sangat memainkan peranan dan bersama-sama mencapai Hasrat ini untuk membawa negara ke arah lebih baik.
Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Sambutan 25 Tahun ISMA, dengan tema “Bersama Mebangunkan Peradaban” di Bangi Resort Hotel, Selangor semalam.
Sambutan dimulakan dengan Malam Munajat dan akan berakhir pada Malam Kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun ISMA pada Oktober dengan pelbagai program yang dirancang sebagai satu usaha berterusan mendapatkan sokongan masyarakat dan pemimpin tempatan.
Sepanjang 25 tahun ini, ISMA antara pertubuhan yang terkehadapan dalam isu-isu semasa antaranya mengetuai gerakan bantahan COMANGO pada 2014 yang mendapat perhatian kerajaan, mengetuai gerakan bantahan ICERD dan banyak lagi siri-siri kempen bertemakan ‘Selamatkan Ummah’ yang dianjurkan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/