KUALA LUMPUR, Isnin – Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan melabelkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara yang menurutnya sengaja dicipta untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Wan Saiful yang sering mempertahankan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mempersoalkan jasa dan faedah mereka terhadap negara, terutamanya ketika Muhyiddin sedang menyelesaikan masalah rakyat, sewaktu memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Beliau dalam kenyataannya di Facebook beliau, berkata perkaran yang berlaku ini jauh bezanya dengan Zahid dan Najib, yang menjadi punca bukan sahaja masalah rasuah dan kleptokrasi yang kita warisi di Malaysia, tetapi juga punca kepada krisis politik yang mereka sengaja cipta dengan mempergunakan jentera parti, semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Wan Saiful juga berkata, kedua-dua mereka sudah pasti menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran kerana selagi dia dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.
Dia seterusnya berkata topik mengenai Najib adalah untuk perbincangan lain dan menumpukan serangan ke atas Zahid.
Jadi kata Wan Saiful apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?
Paling jelas menurutnya Zahid adalah dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara.
Malah Zahid juga adalah dalang di sebalik 15 orang ahli parlimen Umno yang mengkhianati kerajaan sendiri.
Beliau juga membidas zahid sebagai dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri.
Wan Saiful dana satu hantaran Facebook yang berasingan mempertahankan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Beliau juga menasihatkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki untuk tidak mengikut jejak Zahid yang sering memburukkan imej bekas presiden Bersatu itu.
Sebagai orang yang berlatarbelakangkan agama, ASyraf wajar berhati hati supaya jangan terikut dengan Zahid yang memburukkan imej Muhyiddin.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/