PUTRAJAYA, Isnin – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata, kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55 ribu tan metrik sebulan atau 660 ribu tan metrik setahun mencukupi setakat ini.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat aduan yang diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi.
“Kita tahu peruntukan itu setakat ini tak jadi isu sebab untuk B40 minyak RM2.50 (sekilogram) itu tetap kita buat subsidi, tak ada kekurangan. Bagi pandangan saya, kalau benar tak cukup (bekalan minyak masak) boleh tambah kuota,”
DATUK SERI DR WEE JECK SENG / Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Wee berkata, pihaknya akan memanjangkan aduan berkenaan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti punca perkara itu berlaku memandangkan jumlah minyak masak yang diperuntukan mencukupi, namun apabila tinjauan dilakukan mendapati bekalan minyak masak tidak mencukupi
Katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Bentong hari ini.
Pada majlis itu Wee turut menyampaikan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Bantuan Integrasi berjumlah antara RM3,000 hingga RM15,000 kepada pekebun kecil.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/