IPOH, Ahad – Minggu lalu beliau membuat kenyataan yang menggemparkan berhubung parti UMNO bersabit dengan pemberhentiannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO, MKT.
Hari ini, secara terbuka di hadapan Perdana Menteri dan kira-kira 15,000 warga Pasir Salak, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengulangi sokongan tidak berbelah baginya kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Beliau dalam ucapannya berkata apa pun berlaku beliau tetap menyokong Perdana Menteri.
Tuduhan bermacam-macma terhadap perdana menteri termasuk lembik dan sebagainya kata Tajudin, Ismail Sabri juga yang dikehendak untuk menjadi PM selepas PRU15.
Beliau berkata demikian pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, di Kampung Gajah, Perak siang tadi yang dihadiri Perdana Menteri.
Dalam sidang media khas di Petaling Jaya itu, Tajuddin turut berkata Ahmad Zahid tidak layak untuk memimpin Umno bagi menghadapi PRU ke-15.
Tindakan Tajuddin itu mendapat kecaman sesetengah pemimpin UMNO dan beliau berdepan tindakan disiplin parti.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/02/bekalan-minyak-masak-subsidi-dijangka-pulih-beberapa-hari-lagi-kpdnhep/