PUTRAJAYA, Ahad – Mengangkat semangat nasionalisme silam bangsa Melayu, Filem Mat Kilau semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ekoran ianya menceritakan mengenai kehebatan perjuangan pahlawan membela agama, bangsa dan tanah air dari penjajah.
Rentetan maklum balas positif hasil filem berkenaan, Pengarah Kempen Kemerdekaan 2022, Muslim Abdullah Zaik, Pemuda ISMA mengambil peluang menyusun satu kempen semangat kemerdekaan daripada perjuangan pejuang-pejuang silam tanah air.
“…memang kita gunakan semangat mat kilau ini untuk lancarkan kempen kita harini menjejak tanah dijajah, yang mana kita harapkan semangat dalam dewan ini boleh dibugarkan dan boleh direalisasikan pada kempen-kempen kemerdekaan seterusnya, dan sinonim dengan pemuda ISMA kita akan mengimbau kembali ssemangat silam utk kita selarikan dengan semangat perjuangan yang sekarang, maksudnya di sini kemerdekaan itu bukan kita lawan komunis semata-mata, kita lawan British juga, jadi saya kira filem Mat Kilau ini adalah bertepatan dgn kempen yg kita lancarkan…”
MUSLIM ABDULLAH ZAIK / Pengarah Kempen Kemerdekaan 2022
Muslim selaku Pengarah Kempen Kemerdekaan ‘Menjejak Tanah Yang Hilang’ berkata filem Mat Kilau mampu menanamkan semangat jatidiri Melayu Islam, yang mana filem tersebut mengimbau kembali semangat nasionalisme bangsa Melayu menentang penjajah, sejajar dengan bulan kemerdekaan negara.
Tambahnya aura filem Mat Kilau bertepatan dengan kempen yang dianjurkan oleh Pemuda ISMA itu, Kempen Kemerdekaan ‘Menjejak Tanah Yang Hilang’ merupakan kesinambungan Kempen ‘Tukar Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah’ yang berlangsung pada Ogos 2020 lepas.
Dalam sesi temuramah bersama TV Pertiwi, Ketua Pemuda ISMA Arifin Manan berkata, objektif utama kempen ‘Menjejak Tanah Yang Hilang’ ini adalah untuk mengembalikan semangat kemerdekaan tanah air dikalangan generasi muda, dan menyedarkan golongan muda bahawa peradaban Alam Melayu itu luas dan bukan sahaja di Malaysia semata-mata.
“…kita antara objektifnya, pertama kita nak orang muda ini sedar bahawa peradaban alam melayu ni luas bukan sekadar di Malaysia sahaja, kita pernah berada rumpun yang sangat-sangat besar, kita beharap dalam kempen ini kali ni kita tahu sesungguhnya tanah di Singapura, tanah di Riau tanah di selatan Thailand, rumpun Melayu ni sangat besar, itu antara objektif utama kita, sebenarnya kita ni sebuah rumpun melayu yg besar …”
ARIFFIN MANNAN / Ketua Pemuda ISMA
Pelancaran Kempen Kempen Kemerdekaan ‘Menjejak Tanah Yang Hilang’ ini akan berlansung bermula Julai 2022 sehingga September 2022, dan merangkumi aktiviti seperti jelajah bermula dari Kuala Lumpur ke Singapura dan Batam, penerbitan dokumentari dan juga menganjurkan program Hari Peradaban Bangsa Melayu bersama NGO-NGO yang lain dalam mempromosikan adat dan budaya Melayu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/