Jemaah Tipu Status Kesihatan, Tabung Haji Diarah Siasat Dakwaan

PUTRAJAYA, Ahad  – Lembaga Tabung Haji diarah menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat bakal jemaah haji yang menipu status kesihatan mereka untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada Tabung Haji dan siasatan awal perlu dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.

“Saya tidak menolak kemungkinan faktor cuaca di tanah suci menyumbang kepada kesihatan jemaah terganggu,”

– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Menurutnya, perkara tersebut kini sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib dan kerajaan sudah mengarahkan Tabung Haji untuk menyiasat mengenai dakwaan berkenaan.

Tambahnya setakat ini perkara itu masih belum dapat disahkan kebenarannya dan kita sedang menunggu maklum balas daripada Tabung Haji.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir jemaah haji merahsiakan status dan tahap kesihatan sebelum terbongkar semasa berada di Tanah Suci.

Tahun ini, bakal jemaah dikenakan syarat ketat untuk menunaikan haji apabila perlu melepasi saringan kesihatan.

Antaranya jemaah berusia 65 tahun ke bawah, tidak menghidap penyakit kronik dan beberapa syarat lain dibenarkan ke menunaikan haji.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi – Pakar

Next Post

Tiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO

Related Posts