KUALA LUMPUR, Ahad – Isu kenaikan harga barang perlu diperhalusi dari pelbagai dimensi termasuk dari sudut punca kenaikan harga barang dan dari sudut ekonomi.
Penganalisis ekonomi Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ketika ini kenaikan harga input dari sektor pertanian memberi kesan besar ditambah pula suasana ekonomi global apa yang berlaku di ukraine dan Dasar sifar covid di china banyak memberi kesan kepada negara.
Sehubungan itu isu-isu ini perlu ditangani dengan baik oleh kerajaan dan individu.
Malaysia sebagai negara pedagang bagaimana kita beroperasi dari segi ekonomi sangat berkait rapat dengan ekonomi global dan isu ini memberi kesan, dari segi dasar kerajaan dan sebagainya isu isu ini perlu diperhalusi bagaimana ia dapat diselesaikan dan meminimumkan kesan itu.belanjawan yang sedang dilaksanakan , harga meningkat sesuai atau tidak dengan pendapatan itu yang fokus perlu diberikan.
DR MOHD AFZANIZAM ABDUL RASHID / Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd
Tambah beliau dalam suasana inflasi yang tinggi kuasa beli seseorang juga merosot, selain mencari jalan mencari penyelesaian, baik dari sudut kerajaan dan juga individu.
Sebarang demonstrasi yang dilakukan bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang adalah satu bentuk manifestasi dan sentimen rakyat terhadap isu yang berlaku ini.
Namun semua pihak harus bersikap positif katanya dalam mencari jalan keluar dalam kemelut ekonomi yang melanda juga perlu difikirkan.
Dari sudut individu katanya mempelbagaikan sumber pendapatan antaranya dengan menceburi peluang ekonomi gig adalah antara langkah yang boleh dilakukan oleh individu
Bagi mereka yang mempunyai lebihan wang, aktiviti pelaburan boleh diambil kira sebagai satu langkah dalam suasana inflasi yang tinggi.
Sementara itu kata Dr Afzanizam, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah satu langkah yang dapat memberi koordinasi yang baik di antara kementerian dan agensi kerajaan, dan diharap merungkai amalan perniagaan yang tidak sihat.
Dengan adanya jawatankuasa ini ia diantara kementerian dan jabatan agensi kerajaan dan melihat amalan peniaga sendiri, dengan adanya jawatankuasa ini dapat melihat kewujudan kartel, sorok dan sebagainya koordinasi yang baik dan kita lihat dalam jangka masa terdekat.
DR MOHD AFZANIZAM ABDUL RASHID / Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd
Rabu lalu kabinet bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
Pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/04/pemuda-isma-lancar-kempen-suntik-semangat-perjuangan-melayu-islam/