KUALA LUMPUR, Isnin – Kira-kira 2.4 juta kenderaan dijangka pulang ke Pantai Timur menjelang perayaan Aidiladha tahun ini.
Anih Berhad menjangkakan sejumlah satu juta 648 ribu kenderaan bakal menggunakan lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan 704 ribu kenderaan di lebuhraya pantai timur fasa 1 (LPT1) bermula dari 8 Julai hingga 11 Julai.
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan itu berikutan rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bagi menyempurnakan ibadah korban pada hari raya Aidiladha yang akan diasambut pada 10 Julai ini.
Katanya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 kenderaan manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.
Razimah berkata, ANIH Berhad mengambil langkah meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini dengan penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.
Anih Berhad mengingatkan pengguna supaya memandu dengan berhemah serta memastikan keadaan kenderaan optimum.
Untuk maklumat tepat dan terkini Lebuhraya KLK dan LPT1, pengguna diminta rujuk laman sosial rasmi atau hubungi hotline yang tertera.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/