KUALA LUMPUR, Jumaat – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah meminta Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menandatangani akuan bersumpah SD bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu juga berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat itu.
“Pertama saya tidak terlibat tak pernah sign apa-apa sokong Anwar Ibrahim keduanya apa yang disabitkan berapa belas orang tu saya tak terlibat saya nak komen pun tak boleh Cuma saya fahamnya bukan sahaja Datuk Tajudin, Datuk seri Nazri juga mengesahkan dan mereka orang yang terlibat lebih berwibawa dari saya untuk menerima atau tidak dan datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima SD pun turut mengesahkan dan beberapa pemimpin PKR mengesahkan.”
TAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia
Beliau mengulas mengenai pendedahan SD yang dibuat bekas ahmli majlis kerja tertinggi umno Datuk seri tajuddin abdul rahman dalam satu sidang media khas.
Katanya jika masing-masing menyerang antara satu sama lain, mungkin ada baiknya UMNO menumpukan kepada solidariti dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam pada itu, Annuar juga memberitahu Kabinet masih belum membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau tarikhnya.
Beliau juga menafikan laporan bahawa kebanyakan menteri dan timbalan menteri menyokong untuk mengadakan PRU15 menjelang Oktober.
Sebelum ini, Datuk Seri Tajuddin mendakwa wujud SD dalam kalangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak itu, beliau adalah saksi hidup yang turut menandatangani SD itu meskipun yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti berkenaan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/