KUALA LUMPUR, Jumaat – Pasukan pembelaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan di sini hari ini, ditangguhkan.
Keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan di sini hari ini, ditangguhkan.
Pasukan pembelaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Amer Hamzah Arshad memohon penangguhan tersebut bagi memberi ruang dan masa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia bertujuan untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Beliau juga dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sedang meneliti perkara berkenaan daripada aspek tertentu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menetapkan 26 Ogos ini bagi keputusan rayuan itu, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Kamaludin berkata, mahkamah menangguhkan keputusan rayuan itu untuk kali terakhir, kerana kes itu sudah berjalan dalam tempoh lama.
Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/