Dasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM – Tok Mat

UMNO Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan with Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at the launch the 2021 UMNO Women, Youth and Puteri wings General Assembly at World Trade Centre, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

KUALA LUMPUR, Sabtu – Sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah dasar yang sepatutnya dipegang UMNO dan Barisan Nasional.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.

“Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon ‘poster boy’ (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.

MOHAMAD HASAN / Timbalan Presiden UMNO

Beliau berkata, tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.

Tegasnya, apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.

Semalam, Ismail pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau Perdana Menteri daripada BN, justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.

Beliau turut mendakwa ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan antara ahli UMNO.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai

Next Post

Tajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15

Related Posts