BANGI, Jumaat – Parti BERJASA mahu menjangkau lebih jauh daripada sempadan UMNO dan BERSATU untuk membina semula negara ini.
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, pihaknya sangat terbuka dengan mana-mana parti termasuk mahu bekerjasama dengan PAS dalam jajaran baharu.
“Berjasa mempelawa untuk bersama dengan jajaran baharu yang kita ingin laksanakan ini supaya Hasrat untuk membina sebuah negara itu akan tercapai. Kita mewujudkan jajaran baharu ini untuk membina sebuah negara jadi di situ ada titik pertemuan antara PAS dan BERJASA maka saya mempelawa Bersama dengan jajaran baharu yang akan kita wujudkan insyAllah dan masuk dalam perbincangan perundingan untuk kita muktamadkan bagaimana ia dapat dilaksanakan.”
ZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA
Dalam pada itu beliau berkata, BERJASA akan terus membawa agenda besar ini untuk membina negara kerana melihat parti UMNO sudah tidak mampu membangunkan negara kerana berlaku perpecahan dalaman.
“Pertama sekali untuk kita membina sebuah negara ini dengan barisan kepimpinan baharu kita tidak mahu negara ini dipimpin oleh negara kita yang lama, kalau sekiranya UMNO mengatakan bahawa PRU15 akan Kembali menang dengan bacaan politiknya berasaskan kepada PRN Melaka dan PRN Johor tetapi bagaimana rakyat atau negara boleh diuruskan dengan baik oleh parti yang rapuh dan di dalamnya berlaku perbalahan dan sebagainya sehingga hari ni pun kitab oleh nampak bagaimana mereka menjatuhkan menggugurkan pimpinan yang sering tidak sehaluan walaupun dalam satu politik yang sama.”
Negara ini perlu ditadbir urus dan mampu dibina semula dengan kepimpinan baharu dalam kalangan individu berjiwa negarawan, tokoh nasional.
Pada Mei lalu, BERJASA melancarkan Majlis Negarawan Berjasa dilancarkan dengan mengumpulkan tokoh dan pakar bagi mengetengahkan dasar-dasar dan polisi yang berwibawa demi kepentingan rakyat dan negara.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/