PUTRAJAYA, Sabtu – Dalam beberapa hari lagi, isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dijangka stabil dan kembali pulih.
Demikian yang dinyatakan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.
Katanya, 60 ribu metrik tan minyak masak bakal diedarkan kepada pihak pembungkus dan pemborong.
“Sebenarnya, kekurangan bekalan ini bukan disebabkan pembelian panik, tetapi kerana permintaan sangat tinggi terhadap minyak masak paket kerana perbezaan subsidi kerajaan dengan yang tidak bersubsidi.”
AZMAN ADAM / Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP
Beliau berkata, kerajaan masih lagi menangguh harga kuota tersebut sebanyak RM2.50 sepaket bagi satu kilogram berikutan lonjakan terhadap permintaan minyak masak paket adalah amat tinggi akibat permintaan yang banyak oleh pengguna.
Azman berkata demikian selepas menjalankan pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum di Padang Besar Alor Setar, hari ini.
Sementara itu, pihaknya telah melakukan 1,873 pemeriksaan yang melibatkan harga ayam, telur dan minyak masak di seluruh negara.
Dalam pemeriksaan tersebut, didapati hanya 13 kes yang dilaporkan namun ia tidak membabitkan penjualan yang melebihi harga kawalan.
Jelasnya, harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan sememangnya sudah mengambil kira kadar keuntungan margin yang amat mencukupi.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/