KUALA LUMPUR, Selasa – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas wujudnya dakwaan berkaitan akuan bersumpah (SD).
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas wujudnya dakwaan berkaitan akuan bersumpah (SD) yang dikatakan beliau ingin diangkat sebagai pemimpin negara.
Memetik media tempatan, Ahmad dalam penegasannya berkata Datuk Seri Ismail Sabri yang diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 15 Ahli Parlimen termasuk Presiden parti membuat pengorbanan dengan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam sidang media khas semalam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mendedahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengetuai bagi menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Dalam perjuangan yang penting adalah hasilnya, perjuangan presiden, dibantu timbalan (presiden) dan ahli MKT antaranya kita menang tujuh pilihan raya. Yang terbesar ialah apabila 15 Ahli Parlimen mendesak yang akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri,”
DATUK SERI AHMAD MASLAN / Setiausaha Agung UMNO
Dalam pada itu, Ahmad turut berkata Ahmad Zahid telah membuktikan perjuangannya dalam UMNO apabila wakil parti itu berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Presiden parti itu terpaksa membayar harga yang mahal untuk melawan kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya UMNO dibubarkan sebelum ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/