BANGI, Selasa – Pada perkembangan berkaitan UMNO masih lagi menjadi tunjang orang melayu serta tulang belakang pemerintahan negara.
Itu pula pandangan Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkenaan status UMNO yang dikatakan menunjukkan bibit-bibit tanda perpecahan ekoran pemimpin parti itu berbalah antara satu sama lain.
TV PERTIWI menghubungi beliau rentetan sidang media kontroversi semalam oleh ahli majlis kerja tertinggi, MKT, UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
“…saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa UMNO tidak mementingkan melayu, UMNO tidak perjuangkan hak melayu, UMNO tidak memperjuangkan keistimewaan melayu yang saya tahu dalam perlembagaan parti UMNO bahawa merekalah yang menjadi pejuang tulen kepada kesinambungan orang-orang melayu…bagi pendapat saya tidak ada parti lain yang dapat mengumpul kekuatan orang-orang melayu…”
SHAHBUDIN EMBUN / Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM)
Tambah beliau sekiranya penyatuan ummah ingin dilaksanakan di negara ini, hubungan bersama kerajaan perlu diadakan untuk mencari jalan penyelesaian yang dihadapi ketika ini seperti kegawatan ekonomi serta masalah COVID-19.
“…sebab itu saya merayu kepada UMNO, PAS dan parti melayu lain selepas sahaja pilihan raya ini kembalilah kepada pengukuhan Islamiyah bersatu hati semua demi untuk perpaduan ummah itu sendiri…”
Dan Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beliau berharap kesemua parti melayu patut bersatu padu dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah serta mencari formula terbaik dalam membentuk ummah dalam kalangan pemimpin.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/