BANGI, Isnin – Nama Tan Sri Muhammad Ali Hashim sudah tidak asing di pentas dunia perniagaan islam dimana beliau seorang tokoh jihad bisnes yang menjadi idola ramai terutamanya masyarakat melayu dan yang beragama islam.
AWQAF Holdings Berhad (AWQAF), sebuah syarikat bersama-sama rakan penerbit, UKM Press telah melancarkan Buku Biografi Muhammad Ali Hashim: ‘Champion of Business Jihad & Corporate Waqf’ bersempena Mesyuarat Agung Tahunan AWQAF Holdings Berhad kali ke – 9 di Bangi Convention Centre.
Pelancaran buku tersebut adalah satu inisiatif yang dibawa oleh AWQAF demi menyelusuri kehidupan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam jihadnya melaksanakan agenda Waqaf Korporat, Jihad Bisnes dan pembangunan sosioekonomi demi mengukuhkan kesejahteraaan ummah sejagat.
Buku biografi Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga mengupas usaha beliau dalam mengembangkan institusi wakaf, dengan memperkenalkan konsep wakaf baharu iaitu wakaf berbentuk entiti perniagaan Islam atau Wakaf Korporat.
Perjuangan Allahyarham terhadap agenda wakaf korporat tidak pernah utuh. Selepas beliau tidak berkhidmat bersama jCorp, beliau meneruskan perjuangan dengan menubuhkan sebuah syarikat Wakaf Korporat melalui Dewan Perdangangan Islam Malaysia iaitu AWQAF Holdings Berhad dan berterusan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan wakaf korporat sehingga nafas terkahir beliau.
Antara isi kandungan yang lain adalah, bagaimana perjuangan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim memperluaskan perniagaan Halal Toyyiban melalui pelbagai syarikat di bawah naungan JCorp.
Majlis pelancaran buku biografi ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama-sama Penulis Buku Biografi, Prof Dr Rokiah Talib dan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir .
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/