KUALA LUMPUR, Isnin – Lonjakan kadar inflasi di Malaysia akan ketara seandainya kerajaan menggantikan subsidi bahan api semasa dengan mekanisme subsidi bahan api bersasar serta menyediakan bantuan tunai kepada kumpulan 670 peratus berpendapatan rendah.
“Kami menjangkakan kadar inflasi akan meningkat di atas purata enam peratus tahun ini, memandangkan harga petrol RON95 akan melebihi RM4 seliter (tanpa subsidi). Disebabkan itu, kami percaya bahawa penetapan harga bahan api secara bertingkat atau mengikut jumlah adalah pilihan lebih baik dan memberikan kesan yang lebih kecil terhadap inflasi serta ekonomi keseluruhan,”
KENANGA RESEARCH
Menurut Kenanga Research, ia menegaskan kadar inflasi di Malaysia berkemungkinan akan menunjukkan peningkatan pada separuh kedua 2022 ekoran pemansuhan harga siling makanan asas, perang berterusan Rusia dan Ukraine serta dasar ketat COVID-19 oleh China.
Kenanga Research berkata, Malaysia masih lagi merekodkan paras inflasi yang boleh diterima iaitu 2.4 peratus setakat tahun ini dan dijangka meningkat serta berada pada purata kira-kira 4.1 peratus semasa separuh kedua 2022, menjadikan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan bagi tahun ini diunjurkan 3.3 peratus.
Dalam perkembangan lain, Kenanga Research turut menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dan menjadikan kadarnya kepada 2.75 peratus menjelang akhir 2022.
Kenaikan kadar di lebih awal daripada bulan lalu memberikan isyarat agresif BNM disebabkan petunjuk bahawa permintaan domestik telah meningkat selepas pelonggaran sekatan COVID-19.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/