KUALA LUMPUR, Isnin – Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula, hakim Azura Alwi memberi amaran kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan-nya Jumaat lalu, yang dianggap subjudis, berhubung perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut bernilai 6 perpuluhan 3 bilion ringgit.
“Saya sebelum ini menekankan supaya semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan subjudis. Kamu semua sudah matang, dan ini bukan kali pertama berdepan perbicaraan mahkamah. Ini bukan sesuatu yang asing atau baru kepada mana-mana daripada kamu. Saya sangat kecewa perkara ini masih berlaku,”
AZURA ALWI / Hakim
Hakim Azura Alwi meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Lim dan memberi peringatan agar perkara ini tidak berulang kembali memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan.
Peguam Lim, Gobind Singh Deo, kemudian bangkit dan memohon maaf kepada mahkamah.
Jumaat lalu, Lim melalui satu kenyataan awam, menyifatkan keterangan mahkamah yang mendakwa bahawa dia menerima rasuah sebagai tidak benar dan “khayalan”.
Sebelum perbicaraan bermula, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin merujuk kepada mahkamah satu laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Lim yang mendakwa beliau tidak bersalah kerana tiada jejak wang dibuktikan berkaitan pertuduhan itu.
Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai 208 perpuluhan 8 juta ringgit dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/