BANGI, Isnin – Angkara cemburu, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 menjadi mangsa pukul 10 pelajar lain dalam kejadian di bilik asrama sekolah Teluk Intan, Perak, 23 Jun lalu.
Malah, mangsa berusia 14 tahun itu turut dicederakan dengan seterika panas pada badannya.
Presiden i-Guru, Ustaz Azizee Hassan amat kesal dengan kejadian malah kata beliau kes buli berkenaan tidak sepatutnya berlaku khususnya di sekolah-sekolah yang pelajarnya tinggal di asrama.
“…saya amat kesal dengan kejadian berlaku kepada pelajar itu dipukul dan ditekap dengan seterika, sepatutnya kejadian seumpama itu tidak berlaku khususnya di sekolah-sekolah asrama penuh. Saya berharap akan ada siasatan yang telus dan juga keadilan perlu diberikan kepada mangsa, dan pelajar-pelajar yang terlibat perlu diambil tindakan yang tegas supaya perbuatan seperti ini tidak berulang…”
USTAZ MOHD AZIZEE HASSAN / Presiden i-Guru
Beliau berkata, pihak sekolah terutamanya para warden asrama perlu memantau pelajar-pelajar di asrama, agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.
Tambah Ustaz Azizee, pihak KPM perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dengan melakukan siasatan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku.
Aspek penerapan nilai-nilai agama dan penghayatan jati diri perlu ditekankan di peringkat sekolah dan diperkasakan sebaik-baiknya.
Kelmarin Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan mangsa telah dicederakan oleh sepuluh pelajar senior berusia antara 16 hingga 17 tahun semasa berada di asrama sekolah.
Semua suspek telah ditahan pada hari yang sama dan direman sehingga hari ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/