KUALA LUMPUR, Ahad – Mengangkat pahlawan silam bangsa Melayu, Filem Mat Kilau merupakan filem yang dinanti-nantikan oleh rakyat ekoran ianya menceritakan mengenai kehebatan perjuangan pahlawan membela agama, bangsa dan tanah air dari penjajah.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata Filem Mat Kilau membuktikan bahawa genre sejarah tempatan mempunyai potensi dan nilai yang tersendiri jika dibuat dengan penuh berkualiti.
Meluahkan rasa bangga, Aminuddin dalam hantaran facebook berkata Filem Mat Kilau telah memecahkan rekod filem epik Melayu pertama yang mengutip sebanyak satu juta pada hari tayangan pertama iaitu pada Khamis 23 Jun.
Beliau berkata pelakon serta pengarah turut menyumbangkan kejayaan kepada filem tersebut dan sukar untuk melihat sekumpulan ternama industri hiburan tanah air berada dalam satu filem.
Aminuddin berkata fielm tersebut telah mencipta sejarah dan akan mencetuskan revolusi baharu industri perfileman tanah air dan fenomena patriotisme alaf baharu.
Tambahnya, dengan hasil kutipan yang luar biasa pasukan penerbit Studio Kembara mampu menghasilkan banyak filem sejarah pahlawan pada masa akan datang terutamanya Mat Kilau 2.
Beliau percaya, Filem Mat Kilau mampu menembusi pasaran antarabangsa susulan mendapat hasil kutipan yang tinggi di pasaran tempatan.
Sementara itu, dalam memasuki hari ketiga tayangan iaitu pada Sabtu, Filem Mat Kilau dilaporkan berjaya meraih 7 juta ringgit kutipan susulan sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat terhadap filem tempatan.
Memasuki hari kedua tayangan di pawagam seluruh negara iaitu pada Jumaat, filem epik Mat Kilau terbitan Studio Kembara mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan 1.8 juta ringgit.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/