KUALA LUMPUR, Isnin – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tumpuan kepada kes beliau di mahkamah.
Kata Tajudin perkara itu lebih baik difokuskan Ahmad Zahid kerana Presiden UMNO itu berdepan pelbagai tuduhan rasuah.
Pada masa sama beliau mendedahkan wujud memorandum untuk meminta Zahid, melepaskan jawatan Presiden parti. Memorandum itu katanya susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Mei 2020.
Pada sidang media khas berhubung pemecatannya Tajuddin turut menunjukkan gambar pertemuan berkenaan yang dikatakan diadakan di rumahnya pada Mei 2020.
“…so masa itu dah apa keputusan itu…demi kepentingan umno…”
DATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak
Selain Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib, yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun, menurut Tajuddin yang dipecat daripada MKT UMNO minggu lalu, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad “membelot” daripada ketetapan berkenaan.
Dakwa Tajuddin, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu “digertak” oleh pegawai kanan Ahmad Zahid. Selepas itu Tok Mat hanya jawab dia tidak terbabit.
Dalam sidang media siang tadi juga Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa beliau antara saksi hidup atas kewujudan Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli parti bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana…saya sign juga la…”
DATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak
Beliau menyaksikan UMNO menghantar SD tersebut yang turut meminta beliau menurunkan tandatangannya sehingga wujudnya jajaran baharu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/