BANGI, Sabtu – Sukar mendapatkan stok minyak botol dan dan kehabisan stok minyak paket bukan sahaja menyusahkan pengguna , malah turut membebankan dan memberikan kesan yang besar kepada peruncit ekoran subsidi bagi minyak botol telah dilupuskan.
Pengurus bagi Pembangunan Perniagaan ISMART , Awie Bakrie berkata walaupun tiada pembelian secara mengejut setakat ini tetapi kehabisan minyak paket juga menghimpit pengguna kerana harganya lebih murah berbanding minyak masak dalam botol.
“…seperti yang kita tahu , sekarang ini kita ada isu kenaikan harga minyak. So, setakat ini takde lagi lah panic buying ke apa, yang datang sini orang kata apa nak beli minyak dalam kuantiti minyak dan sebagainya setakat ini. Tapi seperti yang dapat kita lihat di sini, stok masih sekarang ini memang susah, stok sekarang ini memang terhad, kami dah pun oder tapi tak dapat lagi setakat hari ini. So memang terhad dan kalau pun kita ada stok setakat ini kita ada , minyak peket pun kita takde stok, dah lama kita takde stok minyak peket. So itu sangat sangat apa orang kata menyusahkan pengguna dan lain lain…”
AWIE BAKRIE / Pengurus Pembangunan Perniagaan ISMART
Ujar Awie, beliau turut menegaskan bahawa ketiadaan stok minyak paket juga menyusahkan dan sekiranya stok minyak paket itu sampai hanyalah dalam kuantiti yang sedikit dan terpaksa menjaga kawalan minyak yang sedia ada.
Beliau tidak menolak untuk menjual dengan kuantiti sebanyak tiga paket seorang sahaja.
Tambahannya beliau menekankan kebanyakan barang yang dijual di ISMART seperti , telur , gula dan tepung yang merupakan barangan produk tempatan muslim itu masih berada dalam harga kawalan bagi memberikan kemudahan kepada pengguna yang lain.
TV PERTIWI juga meninjau penjualan minyak masak di kedai-kedai runcit sekitar BANGI.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/