KUALA LUMPUR, Sabtu – Pemecatan Tajuddin Abdul Rahman dilihat sebagai kemuncak perbezaan pandangan dalam parti UMNO.
Penganalisis Politik, Doktor Mazlan Ali berkata pemecatan Tajudin sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO itu juga sudah dijangkakan.
Doktor Mazlan berkata, tindakan itu dilihat sebagai satu amaran terhadap beberapa ahli MKT lain yang dilihat tidak sejajar dengan ahli UMNO lain yang mahukan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) diadakan segera.
“…saya melihat pemecatan tajuddin…yg mahukan pru diadakan segera…yang tidak sejajar dengan zahid sebagai umno”
DR MAZLAN ALI / Penganalisis Politik
Ujar beliau, apa yang berlaku kini dalam umno dilihat sebagai kemuncak kepada perbezaan pandangan dalam pucuk pimpinan umno khususnya pemimpin umno yang dikaitkan dengan kluster mahkamah dibawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.
Mengulas lanjut, Mazlan Ali berkata, tindakan Tajuddin yang pernah mengkritik pucuk pimpinan tertinggi umno yang mendesak agar pru diadakan segera dianggap sebagai bertentangan dengan keputusan kepimpinan tertinggi umno yang mahukan pru disegerakan.
Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tajuddin Abdul Rahman itu dipecat daripada MKT Umno berkuatkuasa 21 Jun 2022 difahamkan kerana melanggar keputusan parti.
Susulan itu, Bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil dilantik sebagai ahli MKT UMNO berkuatkuasa 24 Jun 2022 selepas diputuskan dalam mesyuarat MKT malam semalam.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/