PAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN

 

IPOH, Sabtu – PAS Perak mempelawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS pada Pilihanraya Umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, sekiranya pembahagian kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PN diberikan kepada Pas dan Tajuddin bersedia untuk bertanding atas tiket PN, maka PAS bersedia untuk memberikan kerusi itu kepada Tajuddin.

“Apabila digugurkan daripada MKT UMNO, tentunya Tajuddin tidak diberi peluang dalam Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRU15. Jadi Pas Perak sedia menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mewakili PAS”

RAZMAN ZAKARIA / Pesuruhjaya Pas Negeri

Bagaimanapun, Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak itu menegaskan bahawa pendirian PAS sama sekali tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti lain.

Beliau berkata demikian dalam satu video pendek yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Jumaat

Terdahulu, Tajuddin dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkuatkuasa 21 Jun selepas difahamkan kerana melanggar keputusan parti.

Mengulas lanjut, Razman berkata, kenyataan bahawa PRU akan berlaku pada bila-bila masa bukan daripada pemimpin-pemimpin kluster mahkamah sahaja tetapi kenyataan sama juga dikeluarkan oleh perdana menteri sendiri.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isham Jalil Sah Dilantik MKT UMNO, Ganti Tajuddin

Next Post

Naikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru

Related Posts