KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil sah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO, menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baru dipecat.
Isham Jalil menerusi hantaran di laman facebook beliau turut memaklumkan perlantikan beliau sebagai MKT UMNO berkuatkuasa 24 Jun 2022. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan tertinggi parti dan ahli-ahli MKT UMNO yang menyokong perlatikan itu.
Tajudddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, digugurkan daripada menjawat jawatan MKT UMNO difahamkan kerana melanggar keputusan parti. Perkara Itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui surat bertarikh 21 Jun 2022.
Sementara itu, Isham ketika ditemui media selepas mesyuarat berkata agenda utamanya adalah untuk menumpukan isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.
Menurutnya, pelantikannya itu akan dijadikan satu motivasi untuk dirinya bekerja dengan lebih keras demi parti.
“Di bawah Tun M, terdapat menteri, timbalan menteri dan MKT yang menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong Presiden,”
TAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pemecatan ahli MKT sebelum tamat penggal perkhidmatan akan hanya membawa kepada krisis dan perpecahan.
Annuar Musa berkata, tindakan ini bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agong (PAU), dan PAU Khas.
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, meskipun terdapat peruntukan bagi presiden memecat ahli MKT yang dilantik Presiden, namun tindakan itu tidak membawa kepada kebaikan malah jarang dilakukan oleh mana-mana parti.
Mengulas lanjut, Annuar tureut mendakwa bahawa difahakan akan berlaku pemecatan lagi beberapa nama lagi ahli MKT, bagaimanapun nama itu tidak diperincikan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/