JOHOR BAHRU, Sabtu – Badan pemantau pilihan raya Bersih tidak bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa perhimpunan jalanan bukan cara bertanggungjawab dalam mencari “penyelesaian yang membina”.
BERSIH dalam satu kenyataan memohon sembah untuk tidak bersetuju dengan pandangan tuanku dan ingin sembah maklum beberapa perkara menunjukkan bahawa protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah Malaysia.
“Bersih memohon sembah untuk tidak bersetuju dengan pandangan tuanku dan ingin sembah maklum beberapa perkara menunjukkan bahawa protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah negara kita,” – kenyataan media BERSIH
Tambah kenyataan itu Siri perhimpunan aman Bersih yang telah dirujuk oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebagai ‘titik hitam’ dalam sejarah negara bersama dengan insiden 13 Mei, yang dalam pandangan baginda bahawa protes tersebut hanya menghasilkan kekacauan dan kemusnahan di mana tiada yang menang serta kita masih lagi sedang pulih daripada kesan negatifnya.
Menurut Bersih, Malaysia sendiri lahir daripada gerakan protes di mana Dato Onn Jaafar telah mengetuai massa untuk menentang Malayan Union, yang dipaksakan oleh British setelah Perang Dunia Kedua.
“Dato Onn dan Umno bukan sahaja pihak yang menggunakan protes sebagai cara yang sah untuk bertindak secara kolektif. Parti berbilang bangsa seperti gabungan Putera–AMCJA melalui pemimpin seperti Ishak Haji Muhammad, Tan Cheng Lock, K Ganapathy dan Dr Burhanuddin Helmy melancarkan protes hartal seluruh negara pada 1947 untuk mendesak Perlembagaan Rakyat.’’ – kenyataan media BERSIH
Dan ini membuka jalan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, pelopor kepada kemerdekaan kita daripada British pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.
Bersih berkata lagi, melalui protesnya yang membangkitkan isu pilihan raya bersih dan adil, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan.
Mengulas lanjut, Bersih berkata pihaknya sejak dari awal kekal komited dengan protes dan himpunan secara aman.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa :