KUALA LUMPUR, Sabtu – Sebaik sahaja filem biopik Mat Kilau mula ditayangkan di pawagam seluruh negara Khamis lepas, tanda pagar #MatKilau sohor kini di Twitter.
Setakat jam 6.20 petang tadi, tanda pagar ini sohor kini pertama dengan 10,700 ciapan.
Antara komen warganet yang telah menerima 12 ribu tanda ‘Like’ adalah daripada @TheFunSizeGuy:
“Salah seorang daripada pelajar dalam kelas saya berkata “Saya nak belajar silatlah lepas tengok Mat Kilau, Cikgu”. Anda lihat? Itu adalah impak perfileman dan kesenian yang tersembunyi terhadap perspektif masyarakat tradisi dan budaya tempatan.”
Malah, ada ciapan berunsur visual daripada @wan_azril “Lelaki Melayu selepas menonton Mat Kilau seperti;.”.
“Saya perlu ‘review’ filem ini. Ya Allah, mat Kilau adalah filem Melayu yang paling epik pada dekad ini. Adegan yang penuh aksi. Tidak perlu cakap berkenaan lakonan kerana kita tahu sangat pelakon-pelakon ni adalah pelakon ‘top tier’ di Malaysia.” ciapan daripada @parkheesoonies
Mereka (pengguna Twitter) yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai memainkan peranan yang besar dengan memuatnaik ciapan dan perkongsian gambar mengenai filem Mat Kilau, secara langsung telah menaikkan ‘trend’ tanda pagar #MatKilau di platorm sosial media itu.
Hasil pelbagai perkongsian mengenai filem biopik Mat Kilau di Twitter, ramai rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda dikalangan orang Melayu mula berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton sendiri filem arahan Syamsul Yusof itu.
Sekadar informasi, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari Khamis yang lepas, 23 Jun 2022.
Pada hari pertama tayangannya kelmarin, filem arahan Syamsul Yusof, 38, itu mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan sebanyak RM1 juta. Sehingga hari ini, filem terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.
Syamsul berkata, dia bersyukur dan bangga apabila filem tempatan mendahului kutipan filem luar negara.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/