Segerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan

KUALA TERENGGANU, Jumaat – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera jika ingin membina kekuatan dalam kerajaan serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pelaksanaan PRU juga perlu mengambil kira keadaan semasa dan persediaan yang berkaitan.

“…memang pada dasarnya, kita bersetuju PRU diadakan apabila habis penggal tetapi kalau dalam keadaan memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan, ia perlu disegera tengok keadaanlah…”

“…kena ada persediaan. Kalau tiada persediaan, tidak boleh buat pilihan raya kena ada persediaan…”

TAN SRI ABDUL HADI AWANG / Presiden PAS

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Terengganu.

Terdahulu, PAS dilapor menolak gesaan supaya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat bukan disebabkan oleh gila kuasa serta kebimbangan tewas.

Abdul Hadi dipetik berkata, saranan agar PRU15 diadakan apabila tempoh penggal Parlimen Ke-14 berakhir, adalah bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tajuddin Digugurkan Dari MKT UMNO Kerana Kritik Parti

Next Post

Harga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011

Related Posts