Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji – Mas Ermieyati

 

PUTRAJAYA, Sabtu – Kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, setelah meneliti Laporan Kajian Hukuman Gantian yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) diminta mengkaji dan meneliti syor-syor yang dikemukakan, sebelum satu draf Rang Undang Undang (RUU) berkaitan pindaan itu dikeluarkan.

“Justeru, satu perjumpaan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah diadakan pada 20 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Selain itu, Mas Ermieyati berkata, satu sesi libat urus akan turut diadakan bersama pakar-pakar akademik dan ahli Dewan Rakyat. Ini bertujuan, mendapatkan pandangan lebih lanjut mengenai perkara ini, sebelum dibentangkan di Parlimen pada Oktober nanti.

“Kerajaan amat berterima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam perkara ini dan berharap RUU ini dapat dilaksanakan serta dikuatkuasakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, pada 10 Jun lalu, Wan Junaidi menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam negara, dengan melaksanakan hukuman gentian, tertakluk budi bicara mahkamah. – Agensi

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011

Next Post

Tanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter

Related Posts