PUTRAJAYA, Jumaat – Harga makanan terus meningkat ke paras tertinggi baharu sejak November 2011, dengan subkumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2%, tertinggi sejak November 2011, dengan 93% item dalam kumpulan itu merekodkan kenaikan.
Ketua Perangkawan Datuk Uzir Mahidin berkata, subkumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5% pada Mei 2022, berbanding April (6.2%) disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan.
Ia diikuti kenaikan sayur-sayuran (8.1%); susu, keju dan telur (8%); ikan dan makanan laut (4.3%) dan minyak dan lemak (3.7%).
Ayam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging (46.1%) meningkat sebanyak 13.4% berbanding 7.5% pada April, dengan purata harga ayam yang meningkat daripada RM8.44 kepada RM9.70 sekilogram pada Mei 2021.
Uzir turut menambah, kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkatan permintaan antara punca kenaikan harga ayam kali ini.
Manakala lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula berpunca daripada peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/