PUTRAJAYA, Selasa – Pemberian hadiah kepada pengantin adalah suatu tanda kesyukuran dan penghargaan buat pengantin baru.
Namun, pemberian hadiah yang mengaibkan bukan sahaja memalukan pasangan mempelai, malah memberi malu kepada keluarga kedua dua belah pengantin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur perangai jelik tetamu yang tular memberi hadiah pelik kepada pengantin baharu.
“Jika hendak memberi hadiah, bagilah benda yang baik dan menggembirakan tetapi kalau tambah keaiban, ia dibimbangi boleh cetus permusuhan pula,”
DATUK IDRIS AHMAD/ Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
Beliau dalam nada kesal menyifatkan bahawa pemberian hadiah tersebut bukan sahaja memalukan pasangan mempelai, malah memberi malu kepada keluarga dari kedua-dua pengantin.
Baru-baru ini tular menerusi wadah media sosial tempatan yang memaparkan aksi tetamu menghadiahkan paket kondom kepada pasangan pengantin dalam satu kenduri perkahwinan.
Meskipun ia dianggap sebagai bahan jenaka, banyak komen yang meluahkan rasa kurang bersetuju dengan hadiah itu kerana disifatkan agak keterlaluan dan tidak sepatutnya diberi.
Terdahulu beliau yang berkata selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Agensi Hal Ehwal Islam di Putrajaya berkata, Rasulullah SAW sendiri menyarankan pemberian hadiah yang tidak mengakibatkan aib kepada si penerima terutamanya pada program kenduri keramaian. Tidak semestinya mahal namun cukup bermanfaat kepada pengantin.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/