PETALING JAYA, Jumaat – Presiden parti UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO.
Tajuddin dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam surat bertarikh 21 Jun, yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.
Surat itu didahulukan dengan ucapan tahniah terhadap Tajuddin atas pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia sebelum diakhiri dengan ucapan penghargaan atas khidmatnya sebagai ahli majlis kerja tertinggi Umno.
Media tempatan melaporkan Tajuddin tidak mengesahkan sama ada beliau menerima surat berkenaan.
Sebelum ini, Tajuddin beberapa kali dipilih menganggotai majlis tertinggi Umno dan ini merupakan kali kedua beliau digugurkan sebagai ahli majlis tertinggi.
Tajuddin sebelum ini menerima watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau turut dijadual ke Indonesia dalam tempoh terdekat termasuk bagi menghadiri majlis menerima lantikan duta luar negara daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/