PUTRAJAYA, Jumaat – Kerajaan tidak menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat malah telah ditingkakan pemberiannya untuk membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang.
Kerajaan tidak menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat malah telah ditingkatkan pemberiannya untuk membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang.
“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab mengenai komunikasi, saya nafikan sekeras-kerasnya, tidak pernah ada keputusan untuk menarik balik segala subsidi pada 31 Julai seperti didakwa. Ini adalah fitnah sangat besar dan sama sekali tidak benar dengan apa yang kerajaan sudah putuskan,”
TAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat iaitu kos sara hidup sehingga sebanyak RM43 bilion subsidi diberikan untuk pelbagai perkara.
Katanya lagi, kerajaan dibawah pimpinan perdana Menteri telah membuat keputusan yang jitu dengan mengekalkan subsidi serta meningkatkan jumlahnya selain subsidi lama yang masih berjalan dan sedang dikaji supaya pelaksanaannya lebih berkesan.
Mengulas mengenai sebuah video di laman Tik Tok yang mendakwa kerajaan akan menarik balik semua subsidi pada 31 Julai ini, Annuar berkata walaupun media sosial mempunyai akses kebebasan dalam menyalurkan sebarang maklumat dan pandangan, namun ia harus disertai dengan sikap tanggungjawab dan tidak disalah guna untuk tujuan tidak baik.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/visa-furada-berhati-hati-jangan-sampai-duit-hangus/