KUALA LUMPUR, Selasa – Penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan lebih tepat dan meluas akan berlaku sekiranya Perkara 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan dipinda.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata malah dengan pindaan terhadap AKta Bahasa Kebangsaan akan memberi laluan mudah bagi akta Dewan Bahasa dan Pustaka diperkasa dalam mengambil tindakan terhadap salah guna bahasa Melayu.
“Berkaitan soal keperluan juga yang dicadangkan bukan sahaja pindaan akta DBP tetapi cadangan akta Bahasa kebangsaan kerana itu induknya jadi kalua akta Bahasa kebangsaan diperluas kuasa kerajaan untuk meminta pihak pbt laksanakan dasar lebih jelas akta DBP juga akan bergerak lebih meluas lebih banyak pihak guna Bahasa kebangsaan lebih banyak pihak khidmat DBP dalam pengesahan.”
PROF DATUK SERI DR AWANG SARIYAN / Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
Dalam pada itu beliau berkata, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dilihat secara holistik bukan semata-mata bertindak untuk menguatkuasa penggunaan bahasa Melayu.
Sebaliknya akta berkenaan melihat dalam aspek pengantaraangsaan dan pertauliahan Bahasa kebangsaan yang boleh dilaksanakan di bawah dasar berkenaan.
“Aspek pengantarabngsaan perlu masuk dalam DBP kalua tidak DBP akan didakwa undang-undang yang ke-2 soal pentauliahan mudah-mudahan DBP diangkat dengan boleh memberikan tauliah dengan itu penyebaran Bahasa bukan hanya terputus pada DBP munsyi, Syarikat, persatuan untuk melaksanakan Bahasa sastera juga sangat penting yang ke-13 soal pelesenan begitu juga.”
PROF DATUK SERI DR AWANG SARIYAN / Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
Sebelum ini Kerajaan menyatakan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 supaya mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu akan diambil tindakan oleh DBP.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu pada Mei lalu berkata, ia adalah sebagai usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan menjadikannya bahasa ilmu.
Awang Sariyan berkata demikian dalam majlis sambutan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-66 dan pelancaran Jendela DBP di Kuala Lumpur, pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Pelan Strategik lima tahun DBP juga dirangka dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, bahasa negara dan bahasa ilmu.
Sementara itu Radzi dalam ucapannya berkata, usaha memartabatkan bahasa Melayu dengan cara yang lebih dekat kepada masyarakat perlu diteruskan supaya generasi muda dapat faham dan menjadi pelapis yang akan memperjuangkan bahasa kebangsaan ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/