KUALA LUMPUR, Jumaat – Saksi utama kes rasuah projek pembinaan terowong dasar laut yang membabitkan Lim Guan Eng dikatakan membayar RM 200 ratus ribu kepadanya bagi memenuhi sebahagian daripada janji.
Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, wang itu telah dibayar kepada Lim yang juga merupakan ahli parlimen Bagan pada tahun 2013 dan 2014.
Kata beliau, sebanyak RM100,000 diberikan kepada Lim pada Ogos 2013 dan RM100,000 lagi pada Jan 2014 selepas mengeluarkan wang itu daripada akaun bank syarikat.
“Untuk bayaran pertama, selepas saya berjaya mendapatkan temu janji melalui pejabat YB Lim di Komtar, saya sediakan sampul surat dengan saya masukkan RM100,000. Dalam pertemuan itu, saya telah menyerahkan sampul berisi wang tunai kepada YB Lim. Saya tidak beritahu berapa banyak wang diserahkan dan hanya menyatakan `this is for you, sir’. Beliau mengambilnya dan saya beredar,”
ZARUL AHMAD MOHD ZULKIFLI / Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd
Sementara itu, Zarul berkata bagi bayaran kedua beliau beliau mengeluarkan RM100,000 lagi untuk membayar Lim sebelum Tahun Baharu Cina pada 2014.
Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta Zarul potongan 10 peratus daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan tanah negeri bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/