BANGI, Jumaat – Tarikh pilihan raya umum ke-15 masih menjadi tanda tanya walaupun sebelum ini ada kata-kata termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ada pula, yang mengatakan PRU15, bakal berlaku pada Ogos atau pun selepas Bajet 2023 dibentangkan.
Namun pandangan orang ramai yang ditemui TV Pertiwi ialah PRU sememangnya perlu diadakan untuk rakyat mengenal ahli politik yang dapat membina negara, namun permasalahan masyarakat yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“…kita pun tengok keadaan politik sekarang tidak menentu jadi saya rasa kita kena buat satu…untuk kita stabilkan balik politik kerana ianya berkaitan dengan ekonomi kita dengan mata wang kita pun jatuh disebabkan keadaan politik tidak menentu…dalam masa terdekat ini…”
MOHD FAIZ ABDUL RAZAK / Orang Awam
“…untuk PRU15 saya rasa perlulah sebab dengan ketidakstabilan kerajaan harini yang sekejap A sekejap B saya rasa dah sampai masa rakyat memilih kerajaan mana yang mereka nak…”
AMY SHAZLIN / Orang Awam
Mempunyai pendapat yang berbeza, Mohd Aziz Ithnin berkata, sebelum mengadakan PRU15 kerajaan harus fokus memberi penyelesaian kepada masalah yang sedia ada agar ekonomi kembali stabil.
“…pada saya tak sesuai diadakan sekarang ini dengan ekonomi kita tidak stabil kalau kita adakan pru15 ekonomi akan bergoyang lagi dengan ekonomi tak stabil dengan harga barang semua naik kan pada saya kita postpone dulu, stabilkan harga barang dulu baru pru15 akan diadakan kalau diadakan sekarang ekonomi makin down rasanya…”
MOHD AZIZ ITHNIN / Orang Awam
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/