PUTRAJAYA, Jumaat – Dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan disiasat melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang ditubuhkan dan akan dibentangkan hasil siasatan itu pada Isnin ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dapatan mereka akan dikemukakan kepada anggota-anggota suruhanjaya itu yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang.
“…I’m glad to be able to say that they are really in the final stage of producing that report, I believe this very very soon to be able to relevan board…”
DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI / Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya perlakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.
Pasukan khas MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia daripada peringkat huluan hingga hiliran.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam memaklumkan terdapat 13 aduan sorok barang kawalan diterima kementerian itu sejak awal tahun ini, namun selepas siasatan dijalankan, tiada bukti kesalahan ditemukan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/saya-beri-guan-eng-rm200000-saksi/