KUALA LUMPUR, Jumaat – Dalam perkembangan berkaitan KPDNHEP akan bertindak tegas terhadap golongan tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan secara mudah dengan mencatu, menaikkan harga secara melampau, tidak terkawal serta menyorok barangan makanan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata akan ada golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan secara mudah, apabila subsidi barangan dimansuhkan pada 1 Julai ini.
Tambahnya dalam hal ini pihak KPDNHEP dengan kemampuan serta kerjasama bersama pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen akan pastikan penyelewengan dapat dibanteras.
Beliau berkata, golongan yang tidak beretika mempunyai taktik lain untuk melakukan penyelewengan dan ini menjadi cabaran kepada pihaknya.
Katanya pihak kementerian tidak dapat menyekat secara keseluruhan kerana individu yang tidak bertanggungjawab mempunyai taktik dan mencari jalan lain untuk menyeleweng.
Justeru KPDNHEP akan mengambil tindakan segera berkaitan aduan dan laporan yang diterima membabitkan perbuatan golongan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’, di Lotus Ampang siang tadi.
Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) kini bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dalam kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Pertama Anda’ untuk meningkatkan kebolehpasaran produk halal buatan tempatan, yang berlangsung sepanjang April hingga Julai.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/