KUALA LUMPUR, Selasa – Pilihan Raya Umum ke-15 dijangka akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 Oktober ini.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata, bajet merupakan satu strategi kerajaan untuk menawan hati rakyat meraih undi memenangi pilihan raya akan datang.
“Bajet itu dikatakan 1 strategi bagi pemerintah kerajaan kerana dalam bajet itu dikatakan ada banyak yang diletakkan gula-gulanya jadi selalunya lepas bajet tu rasa senang hati di kalangan rakyat tak kira samada t20 ke M40 B40 kerana bajet boleh dirungkai sebegitu rupa jadi sebab itu dikatakan bahawa pilihan raya itu akan diadakan selepas pembentangan bajet, itu adalah strategi kerajaan bukan pada tahun ini tetapi sebelum-sebelum ini juga dilakukan seperti itu bukan sahaja dilakukan selepas bajet tapi dilakukan secepat mungkin kenapa saya melihat tangan perdana Menteri ketika amat terikat kerana terlampau banyak dikatakan percaturan dalaman dalam kerajaan persekutuan itu terutama antara UMNO, BERSATU DAN PAS.”
AZMI HASSAN / Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)
Tambahnya, rakyat sudah menanti empat tahun supaya PRU-15 diadakan dan tiba masanya untuk menentukan siapakah parti yang layak memerintah menjadi kerajaan.
Bagaimanapun menurut Azmi, kebanyakan parti-parti politik dilihat belum bersedia menghadapi PRU-15 kerana dianggap masih tidak stabil dan berlaku pergelutan dalaman.
“Bagi saya pertama rakyat dah bersedia kerana sebelum ini 4 tahun yang lepas kemelut politik adalah disebabkan orang politik parlimen itu sendiri jadi bagi say aini peluang terbaik untuk rakyat bagi menentukan hala tuju bentuk kerajaan yang mereka mahu bentuk bagi pihak parti politik pula melihat hanya BN yang bersedia agak confident dalam hal ini dan parti lain masih belum bersedia unutk PRU dalam masa terdekat.”
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan PRU-15 diadakan lebih awal sebelum Julai 2023.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau menjangkakan Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baharu.
Selain itu penganalisis politik lain juga turut menjangkakan tarikh PRU-15 semakin hampir dan kemungkinan akan berlaku sebelum tahun hadapan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/