JOHOR BAHRU, Jumaat – 83 peratus atau hampir 4 ribu kaum Melayu di Johor adalah dalam golongan miskin tegar.
Peratusan itu adalah daripada 4,726 orang yang dicatatkan di dalam kategori berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail mendedahkan perkara berkenaan berdasarkan statistik Ketua Isi Rumah (KIR) dalam sistem eKasih di negeri terbabit.
“Menjadikan jumlah keseluruhan etnik tegar di negeri johor adalah seramai 4,726 orang dan daerah Batu Pahat yang merupakan tertinggi dengan jumlah 891 orang. Ke-2, statistik KIR e-kasih miskin bagi negeri Johor adalah 10,428 orang dan daerah tertinggi adalah Johor Bahru.”
KHAIRIN-NISA ISMAIL @ MD ON / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor
Jelasnya lagi, daripada 4,726 orang, sebanyak 3,926 orang kaum Melayu tergolong dalam miskin tegar diikuti kaum India (390), Cina (305) dan lain-lain (105).
Manakala menerusi statistik yang dikeluarkan Pejabat Pembangunan Negeri Johor, 5 ribu 636 KIR sudah terkeluar dari kategori miskin dan miskin tegar.
Dalam perkembangan lain katanya, 20,790 orang telah berdaftar dalam eKasih setakat Mei lepas.
Khairin Nisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom berkata, beberapa program pembangunan ibu tunggal dan usahawan wanita sedang dirancang oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPDKT) dengan kerjasama pelbagai pihak menerusi Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/