KUALA LUMPUR, Selasa – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, selepas bekas Timbalan Presiden itu dikatakan menemui wakil PKR minggu lalu, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa PKR memutuskan untuk tidak akan berbincang atau bekerja sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut Fahmi, perkara itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi. Fahmi menerusi kenyataan berkata, Azmin Ali yang dianggap oleh anggota, penyokong parti dan orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.
Baru-baru media tempatan melaporkan spekulasi mengenai Azmin Ali akan kembali bersama PKR selepas didakwa mengadakan pertemuan bersama dua wakil pemimpin parti itu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab perkara itu hanya spekulasi semata-mata.
Sementara itu, Fahmi Fadzil turut memaklumkan mesyuarat MPP semalam antara lain turut membincangkan perihal Pemilihan 2022 dan persiapan Kongres Keadilan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/