KUALA LUMPUR, Selasa – Satelit Measat 3d yang akan dilancarkan Khamis 23 Jun 2022 bakal menambah baik dengan ketara perkhidmatan internet dengan kadar ketersambungan capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar.
“Menerusi MEASAT 3d dan perkhidmatan CONNETme NOW, kami menyasarkan untuk mengisi kelompangan jalur lebar di lokasi-lokasi yang tidak mempunyai liputan mudah alih 4G, 5G atau fiber di Malaysia bagi menyediakan akses internet kepada populasi yang terpinggir”.
YAU CHYONG LIM/ Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd
Satelit Measat 3d yang bakal dilancarkan khamis ini akan menambah baik dengan ketara perkhidmatan internet dengan kadar ketersambungan capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata, perkara itu membolehkan pihaknya mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi antaranya Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Internet Kebendaan (IoT) dan teleperubatan.
Memetik Bernama, Yau berkata Measat itu akan dilancarkan dari European Spacesport di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Syarikat dan kerajaan Malaysia akan diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia( K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.
Bersempena pelancaran itu ,beliau memaklumkan satu majlis istimewa akan dianjurkan di ibu negara bagi membolehkan para jemputan menonton secara langsung dan dijangka akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Yau mengulas lagi Kelancaran MEASAT 3d akan dijayakan dengan sokongan K-KOMM, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tambahan beliau, pihak MEASAT 3d akan menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran akses internet 100 peratus menjelang 2025 melalui Pelan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MYDIGITAL) dan melalui sasaran Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk mendigitalkan Negara.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/21/rakyat-terbeban-kos-sara-hidup-tinggi/