SHAH ALAM, Selasa – Keluarga kepada Ketua Pegawai Eksekutif CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan akan meminta pihak pendakwaan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar bersama dua remaja daripada tuduhan membunuh CEO Cradle Fund, empat tahun lalu.
Abang kepada Nazri Hasan, Doktor Abdul Aziz, 62 tahun berkata, pihaknya menerima keputusan mahkamah dan menganggap sebagai takdir, namun, rayuan akan dibuat demi mencari keadilan terhadap adiknya itu.
Menurut Abdul Aziz, terlampau banyak persoalan yang tidak terjawab sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung dan jika rayuan tidak dilakukan, katanya seperti dilapor media tempatan.
Sementara itu, Kakak Nazrin, Che Elainee Che Hassan, 65 tahun, pula berkata ahli keluarga menerima keputusan itu dan berserah kepada Allah.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah Muzaffar, 47 tahun, yang juga balu Allahyarham Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.
Hakim turut memberitahu bahawa, tidak dapat menerima hujahan Samirah Muzaffar dan dua remaja dilihat kali terakhir bersama Nazrin Hassan, menjurus ke arah kematian Ketua CEO Cradle Fund, empat tahun lalu.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Ab Karim berkata, tiada sebarang keterangan langsung yang menunjukkan ketiga-tiga mereka melakukan pembunuhan itu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/21/kerajaan-laksana-program-dermasiswa-tvet-untuk-pelajar-b40/