BANGI, Isnin – UMNO dalam situasi bahaya jika terus memberi muka pada MCA, sebaliknya UMNO harus bertegas dan tidak melayan MCA seperti anak emas.
Demikian yang dinyatakan, pemerhati politik Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan kehadiran MCA hanya menyusahkan UMNO.
“MCA ini bongkak, kekuatan tidak ada, cakap besar, sampai gajah pun boleh terbang. Baru dengar desas-desus UMNO mahukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perlis iaitu, Titi Tinggi dan Indera Kayangan, MCA melompat seperti cacing kepanasan.”
Beliau berkata, Hal ini kerana MCA tidak mempunyai kekuatan di kawasan majoriti Cina dan hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu.
Malah, kehadiran MCA dalam BN hanyalah sekadar menampakkan UMNO lebih berwarna. MCA tidak perlu menuntut kononnya kerusi tradisi, jika tiada satu pun kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai majoriti orang Cina kerana MCA hanya menggunakan UMNO untuk menyambung talian hayat.
Jelasnya, tanpa MCA, UMNO akan terus kuat dalam mendepani PRU15 jika bersama PAS. Sejarah membuktikan ketika UMNO dalam keadaan susah, PAS yang sering menghulurkan tangan kepada UMNO. PRU15 tidak menjanjikan UMNO BN akan mendapat kerusi Parlimen sebegitu banyak seperti sebelumnya. Jika majoriti kerusi Parlimen yang dimenangi tidak banyak berubah seperti PRU14, kedudukan UMNO tetap bahaya, meskipun ada akta lompat parti.
Mengulas lanjut mengenai hubungan Muafakat Nasional (MN), beliau berkata kekuatan UMNO bukan pada MCA, tetapi dalam kalangan Islam dan Bumiputera.
Ujarnya, UMNO perlu segera mengubati hati PAS dan segera melakukan hubungan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta semua NGO Islam jika mahu selamat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/